Anugerah dan Pengiktirafan

Visi DaVita ialah "Membina Komuniti Penjagaan Kesihatan Terhebat yang Pernah Dilihat di Dunia Ini". Satu ukuran bagi kemajuan kami yang berterusan ialah cara prestasi kami dilihat oleh organisasi lain. Kami berasa rendah diri dan mendapat motivasi melalui pujian yang kami terima daripada organisasi lain bagi membekalkan penjagaan pesakit yang menjadi contoh dan memberi kesan positif terhadap kualiti kehidupan pesakit kami, bagi memupuk tempat kerja yang penuh sokongan dan kecergasan dan bagi menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan penyayang.

Mengambil Berat terhadap Pesakit Kami

Daripada melaksanakan prosedur baru yang meningkatkan keselamatan pesakit, kepada mendidik pesakit tentang kaitan antara diet dan keputusan makmal, kepada menyediakan alatan dalam talian bagi membantu pesakit dan pengasuh memahami dan menguruskan penyakit ginjal, DaVita berusaha membantu pesakit berasa lebih sihat dan terus menjalani kehidupan yang memuaskan.

[MSQH icon]

Anugerah DaVita A.S.

DaVita telah berada dalam senarai TM Syarikat-syarikat Paling Dikagumi di Dunia majalah FORTUNE® selama lapan tahun berturut-turut dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif DaVita, Kent Thiry, telah muncul dalam senarai 100 Orang Paling Berpengaruh dalam Penjagaan Kesihatan majalah Modern Healthcare dengan konsisten sejak 2007.

Anugerah DaVita Malaysia

Pusat di Kuala Lumpur mendapat akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) di Kuala Lumpur. Akreditasi MSQH ini dicapai dengan melengkapkan proses aplikasi yang menyeluruh termasuklah tinjauan di tapak, aktiviti pendidikan dan penilaian terhadap kualiti, keselamatan dan penggunaan perkhidmatan. Pusat ini dinilai berdasarkan lapan standard rawatan dialisis termasuk: pentadbiran; akses kepada penjagaan; sumber manusia; rawatan hemodialisis; amalan beretika dan hak-hak pesakit dan keluarga; pencegahan dan kawalan jangkitan; kemudahan dan peralatan; dan aktiviti peningkatan kualiti.

DVA (Malaysia) ialah pembekal nefrologi swasta pertama dijemput bagi penyampaian lisan di persidangan Persatuan Nefrologi Malaysia pada awal 2016. Salah seorang doktor bebas kami, Dr. Ng Eng Khim, membentangkan tentang Pengurangan dalam Jangkitan Aliran Darah Berkaitan Kateter di Pusat Dialisis DaVita Melalui Program Pengurangan Kawalan Jangkitan yang Sistematik.

Mengambil Berat antara Satu Sama Lain

Kami telah memupuk sifat saling membantu satu sama lain dalam menjaga para pesakit kami. Falsafah ini menjadi inspirasi bagi program pembangunan kepimpinan kami yang memenangi anugerah, saluran komunikasi yang terbuka, biasiswa dan bantuan kewangan bagi rakan sepasukan yang memerlukan.

Kami telah berada dalam senarai WorldBlu sejak 2008. DaVita telah diiktiraf oleh Training Top 25 majalah Training dan Learning Elite majalah Chief Learning Officer.

Mengambil Berat tentang Dunia Kami

Kami menganggap diri kami sebagai sebuah komuniti dahulu, kemudian sebuah syarikat. Itu bermakna, dalam mengembangkan perniagaan kami, kami berusaha menyokong komuniti kami dan mencipta program persekitaran yang efektif yang membolehkan kami beroperasi secara bertanggungjawab. Pengiktirafan yang kami terima baru-baru ini termasuklah Green Rankings majalah Newsweek, EPA Green Power Partner dan Anugerah Khidmat Komuniti Communitas.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top