DaVita menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit di seluruh dunia termasuk Brazil, China, Colombia, Jerman, India, Poland, Portugal, Arab Saudi, Singapura, Taiwan dan Amerika Syarikat. DaVita dan rakan-rakan kami di Malaysia memberi perkhidmatan dialisis kepada pesakit yang mengidap kegagalan ginjal kronik dan penyakit renal peringkat akhir.
DaVita berusaha meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dengan menginovasikan penjagaan klinikal dan menawarkan rancangan rawatan bersepadu, pasukan penjagaan yang mesra dan perkhidmatan pengurusan kesihatan yang menggambarkan nilai-nilai Teras syarikat ini:
DVA Malaysia komited terhadap membantu meningkatkan kualiti kehidupan bagi para pesakit melalui perkhidmatan penjagaan ginjal yang mesra dan berpusatkan kepada pesakit. Kami di sini memastikan terdapat dialisis berkualiti tinggi bagi pesakit, membantu mereka melalui kehidupan yang lebih lama dan bahagia.
Penjagaan bersepadu: DVA Malaysia mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia dan standard rawatan penyakit renal Amerika bagi memberi rancangan rawatan bersepadu kepada setiap pesakit Malaysia yang menerima rawatan di sebuah pusat. Rancangan ini termasuklah program pendidikan Health Coach – Kidney Care DaVita, yang fokus terhadap melambatkan dan/atau mencegah kemerosotan penyakit renal bagi pesakit peringkat 1 hingga 4. Akhir sekali, para pesakit boleh mengambil bahagian dalam program pengurusan penyakit kami, yang fokus terhadap pemasangan fistula pada hari pertama dialisis bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan, menggalakkan perubahan gaya hidup bagi melambatkan perkembangan penyakit tersebut dan meminimumkan kemasukan ke hospital, dan menguruskan komorbiditi seperti kencing manis.
Kami berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan para pesakit kami, penduduk di kawasan kami beroperasi dan mereka yang memerlukan, di serata dunia dengan memeriksa dan mengurangkan impak persekitaran kami, menjalankan misi perubatan antarabangsa, menawarkan saringan kesihatan dan terlibat dalam usaha kedermawanan.
Antara usaha kami sehingga hari ini:
2016
2015
2014
2013
Indeks Kualiti DaVita: DaVita terkenal dengan kualiti penjagaan tinggi dan bagi mengekalkannya, DVA Malaysia menggunapakai Indeks Kualiti DaVita (DQI), yang unik bagi industri kami ini. DQI ini alat tanda aras proprietari yang mengukur tahap prestasi klinikal pusat individu berbanding hasil ukuran seluruh syarikat. DQI membekalkan satu skor berpemberat komposit yang menggambarkan prestasi merentasi satu julat hasil pesakit. Peningkatan dalam skor DQI biasanya dapat ditafsirkan sebagai kehidupan yang lebih lama, kadar jangkitan yang berkurangan dan kemasukan ke hospital yang berkurangan bagi pesakit kami. DaVita telah menunjukkan peningkatan selama 10 tahun berturut-turut.
April 2016 |
DVA (Malaysia) ialah pembekal nefrologi swasta pertama dijemput bagi penyampaian lisan di persidangan Persatuan Nefrologi Malaysia, membentangkan tentang Pengurangan dalam Jangkitan Aliran Darah Berkaitan Kateter di Pusat Dialisis DaVita Melalui Program Pengurangan Kawalan Jangkitan yang Sistematik. |
Februari 2014 |
Pusat dialisis Kuala Lumpur menjadi pembekal nefrologi swasta pertama mendapat akreditasi melalui Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). |
Julai 2013 |
DVA (Malaysia) Sdn Bhd memperoleh kawalan operasi bagi kumpulan Pusat-pusat Dialisis Caring. |
November 2012 |
Pusat dialisis DaVita Seri Setia (DSS) Kuala Lumpur dan DSS Rawang dibuka. |
DaVita sentiasa membezakan diri kami daripada pembekal penjagaan ginjal yang lain. Hasil klinikal A.S. kami bagi dialisis telah meningkat setiap tahun bagi tempoh 13 tahun yang lepas, dan kami adalah satu-satunya pembekal dialisis yang mendahului dalam banyak ukuran kualiti utama bagi penjagaan dialisis. Baca lebih lanjut tentang hasil klinikal DaVita.
Semenjak permulaan DaVita pada 1999, kami telah membangunkan program-program bagi meningkatkan kehidupan ahli-ahli komuniti kami – dan dalam mencipta program-program tersebut bagi para pesakit dan rakan sepasukan kami; kami sedar bahawa perasaan muhibah itu juga tersebar kepada keluarga kami, kepada 1,600 komuniti tempatan di seluruh dunia. DaVita ialah sebuah komuniti dahulu, kemudian sebuah syarikat. Kami sebuah komuniti yang tersusun dalam bentuk sebuah syarikat.
Sebagai pembekal perkhidmatan penjagaan ginjal yang mendahului, matlamat DaVita ialah membina komuniti penjagaan kesihatan terhebat yang pernah dilihat di dunia ini dengan cara:
Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.
Paparan AnugerahPenjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.
Temui Pasukan KamiPerkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.
Carian Rawatan