Pentadbir Pusat (FA)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ASAS

Tugas dan tanggungjawab di bawah ini secara amnya menggambarkan tanggungjawab bagi jawatan ini tetapi tidak bertujuan bersifat menyeluruh.

Penjagaan Pesakit – Memberi impak ke atas kehidupan pesakit dan menyampaikan hasil klinikal yang optimum

Kejayaan di sebuah pusat dialisis DaVita diukur daripada tahap tindak balas pesakit terhadap rawatan dialisis mereka. FA bertanggungjawab bagi memantau hasil klinikal pesakit menggunakan metrik kualiti DaVita (DQI) dengan kerjasama para doktor, jururawat dan pasukan antara disiplin.

Usaha sepasukan – Membangunkan, menjadi mentor dan menjadi inspirasi bagi pasukan yang bersatu

FA terbaik kami berkembang apabila mereka membina sepasukan klinikal bagi mencapai hasil yang optimum. FA menemuduga dan mengambil pekerja, memantau pematuhan, menjalankan penilaian rakan sepasukan, mengetuai inisiatif kepuasan rakan sepasukan dan menerapkan Nilai-Nilai Teras di dalam semua aspek klinik tersebut.

Pengurusan Kewangan – Mendorong hasil perolehan

FA yang berjaya memastikan operasi dan pencapaian lengkap klinik mereka termasuklah semua aspek kewangan. FA menguruskan belanjawan, meramal perbelanjaan, berkomunikasi dengan penjual, memesan bekalan dan memastikan pematuhan terhadap standard kesihatan dan keselamatan awam.

KELAYAKAN MINIMUM

Pendidikan, lesen, sijil dan pengalaman yang diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas asas, termasuklah kemahiran komputer sekiranya diperlukan.

  • Berdaftar sebagai jururawat am dengan Lembaga Jururawat Malaysia
  • Sijil pengamal kejururawatan yang sah
  • Sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman kejururawatan yang berkaitan
  • Mempunyai kelayakan kejururawatan nefrologi yang diluluskan, kelayakan pasca asas bagi nefrologi
  • Kebolehlenturan dalam penjadualan serta kebolehan mengembara adalah diperlukan
  • Lesen memandu yang sah dan rekod pemanduan boleh diinsuranskan adalah diperlukan
  • Kemahiran komputer tahap pertengahan dalam Word, Excel dan Power Point dengan kebolehan menyediakan penyampaian dan menggunakan Internet dengan berkesan adalah diperlukan

KELAKUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP ASAS YANG DIPERLUKAN BAGI BERJAYA DI DALAM JAWATAN INI:

  • Komitmen terhadap nilai-nilai DaVita iaitu Kecemerlangan Perkhidmatan, Integriti, Pasukan, Kemajuan yang Berterusan, Kebertanggungjawaban, Kepuasan Diri dan Keseronokan dengan kemampuan menjadi contohnya secara positif dan proaktif kepada para pesakit, rakan sepasukan, pihak pengurusan, doktor dan/atau penjual (Rakan Khidmat Village) dalam pelaksanaan tugas dan interaksi seharian
  • Mempunyai motivasi diri dan mampu berfungsi sendirian dan juga di dalam pasukan
  • Menunjukkan komitmen terhadap khidmat pelanggan; berkomunikasi dengan proaktif dan memberi respon segera kepada keperluan rakan sepasukan
  • Menunjukkan pengetahuan terhadap teori pembelajaran dewasa dan kemampuan mengubahsuai menurut gaya pembelajaran individu serta menunjukkan keberkesanan dalam kemahiran mengajar
  • Kemahiran komunikasi bertulis, lisan dan antara perorangan yang kuat termasuklah kebolehan mendengar dengan penuh tumpuan dan bagi menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan
    • Menunjukkan kemampuan bekerja dengan baik dengan kumpulan-kumpulan berfungsi silang
    • Menunjukkan kemahiran antara perorangan, berusaha sama dan membina hubungan; kemampuan berinteraksi secara positif dengan rakan sepasukan daripada pelbagai peringkat di serata syarikat
    • Mesra dan terbuka
  • Pembawaan profesional dan kemahiran penyampaian yang cemerlang
  • Menunjukkan kemahiran pengurusan masa dan kemampuan menangani pelbagai keutamaan menurut standard klinikal; daya inisiatif yang tinggi
  • Menunjukkan kemahiran menyampaikan dan mendokumenkan kerja menurut standard yang diperlukan
  • Menunjukkan kebolehan menjaga kerahsiaan berkenaan maklumat pesakit
  • Menunjukkan empati, timbangrasa dan rasa hormat terhadap para pesakit dan rakan sepasukan
  • Menunjukkan kebolehan menjaga kerahsiaan berkenaan maklumat yang diakses

KEMAHIRAN BAHASA

Fasih dalam kemahiran bertulis dan lisan yang perlu bagi melaksanakan fungsi, tugas dan tanggungjawab asas tugas ini dengan Berjaya.

  • Kemampuan memahami kosa kata klinikal/perubatan bertulis atau lisan bahasa Inggeris diperlukan.

KEPERLUAN PENGLIHATAN:

Penglihatan yang memadai bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab asas jawatan ini termasuklah penggunaan monitor komputer yang berulang.

KEPERLUAN FIZIKAL

Keperluan fizikal mungkin berbeza. Ia mesti ditinjau dengan pihak pengurusan. Bagaimanapun, secara amnya, jawatan ini memerlukan aktiviti fizikal berikut:

  • Kemampuan mengangkat berat maksimum 20 paun tanpa bantuan dan mampu berdiri, duduk, membongkok, berjalan, meregang, mencapai dengan julat pergerakan badan yang sederhana.

PERSEKITARAN KERJA

Tugas yang diperlukan dalam jawatan ini lazimnya melibatkan pendedahan minimum kepada darah, bendalir tubuh atau tisu, tetapi mungkin melibatkan pelaksanaan tugas yang tidak dirancang. Rutin kerja yang biasa melibatkan pendedahan minimum kepada darah, bendalir tubuh atau tisu; namun, pendedahan atau potensi pendedahan mungkin perlu sebagai syarat pengambilan bekerja dan langkah perlindungan diri yang sewajarnya diperlukan dalam keadaan tersebut.

Bagi sebarang pertanyaan tentang peluang lain atau memohon pekerjaan, sila hubungi kami hari in: careers.malaysia@davita.com

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top