Pentadbir Pusat Kumpulan – Kronik dan/atau Akut



MELAPOR KEPADA: Pengarah Operasi Serantau atau Naib Presiden Divisyen

STATUS FLSA: Dikecualikan
TUJUAN AM TUGAS INI:
Jawatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan keseluruhan operasi bagi perkhidmatan kejururawatan dan penjagaan pesakit di dua atau lebih pusat hemodialisis DaVita (kronik) termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan kewangan, jaminan kualiti dan penjagaan pesakit, keselamatan, pengurusan risiko, kepuasan rakan sepasukan, skor indeks kualiti, penyelenggaraan pusat, dan lain-lain tugas yang diperlukan yang mungkin timbul sewaktu operasi am pusat tersebut. Jawatan ini menjamin pengurusan kejururawatan terapeutik yang selamat bagi Penyakit Renal Peringkat Akhir (ESRD).

NOTA: FA Kumpulan lazimnya menguruskan pusat dialisis kronik sebagai Pentadbir Pusat serta menyelia aktiviti dan prestasi Pentadbir Pusat/ Pembantu Pentadbir Pusat lain yang ditentukan serta pusat-pusat mereka. Jawatan ini mungkin juga bertanggungjawab bagi satu atau lebih program akut di rantau ini dan menyelia fungsi yang diperincikan di dalam huraian tugas Pentadbir Pusat Akut.

TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN: Ya
Tanggungjawab penuh penyeliaan dan pengurusan bagi Pentadbir Pusat yang ditentukan dan semua rakan sepasukan di dalam pusat atau program akut yang ditentukan termasuk tetapi tidak terhad kepada rekrutmen, pengambilan pekerja,, hubungan rakan sepasukan, prestasi dan perkembangan profesional, pementoran, penilaian tahunan, kenaikan gaji, dan pemberhentian.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA:
  • Tugas dan tanggungjawab berikut menggambarkan secara am keperluan jawatan ini tetapi tidak bermaksud merangkumi segala-galanya.
  • Merancang, mengatur, dan menyelia rakan sepasukan kejururawatan, teknikal dan biomedikal bagi memastikan penjagaan pesakit berkualiti tinggi menurut polisi syarikat
  • Mengekalkan hubungan perantara antara pusat yang ditentukan dan ROM
  • Mengetahui, memahami, mematuhi dan melaksanakan polisi dan prosedur pesakit, pekerjaan dan rakan sepasukan DaVita
  • Mendorong hasil klinikal dan operasi
  • Memastikan semua kehendak kepatuhan dan audit dipenuhi
  • Mencapai nisbah produktiviti serta sasaran belanjawan bagi matlamat operasi melalui penggunaan dan/atau pelaksanaan alat-alat yang sesuai
  • Merangka rancangan penambahbaikan bagi unsur terasing
  • Menyokong perkembangan dan kemajuan pasaran
  • Merangka inisiatif kemajuan strategik menurut keperluan
  • Menyokong proses integrasi pemerolehan di dalam rantau menurut keperluan
  • Tugas-tugas dan tanggungjawab lain seperti yang ditugaskan oleh ROM
  • Keperluan kembara: sehingga 50% bergantung pada rantau
Pengurusan Kewangan:
  • Mengambil bahagian dalam merancang belanjawan dan memantau SWC, keperluan penjadualan, dan beban pesakit
  • Membantu Pentadbir Pusat yang ditentukan dengan pengurusan belanjawan
  • Menyelia pengurusan inventori termasuklah pembelian, pemilihan produk, dan penggunaan bekalan
  • Memastikan maklumat pesakit dan caj rawatan serta sebarang data lain yang berkaitan adalah tepat dan dihantar kepada Pejabat Korporat DaVita dalam tempoh yang sewajarnya
Menyelia Pengurusan Penjagaan Pesakit:
  • Menyelia perkhidmatan kejururawatan dan teknikal bagi rawatan pesakit dan memastikan bahawa pelarasan yang sesuai dalam rancangan rawatan dirangka, dilaksanakan, dan patuh kepada agensi pentadbiran negeri dan persekutuan
  • Jika FA Kumpulan bukan jururawat berdaftar (RN), bekerjasama dengan pengurus/ penyelia perkhidmatan kejururawatan yang ditentukan bagi menguruskan perkhidmatan penjagaan pesakit menurut garis panduan yang ditetapkan.
  • Mengekalkan komunikasi dan kesinambungan rawatan yang terancang apabila seorang pesakit dipindahkan ke pusat DaVita yang lain
  • Memastikan perancangan dan pelaksanaan polisi, prosedur dan sumber bagi membantu pesakit memikul tanggungjawab bagi kesihatan mereka sendiri
  • Mengekalkan komunikasi terbuka dengan para doktor, pengamal kejururawatan dan profesional penjagaan kesihatan lain berkaitan dengan penjagaan pesakit
  • Mencipta, melaksanakan dan mentadbir polisi, prosedur dan sumber bagi memastikan rawatan pesakit yang selamat dan sesuai
  • Membentuk hubungan dengan pesakit dan menangani kegusaran pesakit dengan sewajarnya
Pengurusan Rakan Sepasukan:
  • Memimpin kakitangan bawahan
  • Membantu kakitangan bawahan mengatasi sebarang halangan organisasi yang dihadapi
  • Mengetahui, memahami, melaksanakan, mematuhi dan berkomunikasi kepada para rakan sepasukan semua polisi dan prosedur pekerjaan DaVita, anugerah, dan peluang lain di dalam syarikat serta memupuk persekitaran kerja yang positif
  • Memastikan semua proses pekerjaan DaVita dilengkapkan dalam tempoh yang sewajarnya dan mematuhi polisi DaVita serta sebarang undang-undang yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada ePCN, Penilaian Kemajuan Prestasi, mengemaskini fail peribadi rakan sepasukan, dsb.
  • Memudahkan perkembangan rakan sepasukan bagi memastikan rakan sepasukan memenuhi atau melebihi jangkaan (PDR, membimbing, menjadi mentor, latihan DaVita, latihan di luar); bekerjasama dengan kakitangan bawahan bagi mencipta matlamat perkembangan profesional
  • Sentiasa peka dan berkomunikasi dengan rakan sepasukan tentang program DaVita yang memberi kesan terhadap rakan sepasukan (termasuk tetapi tidak terhad kepada: Triple Crown, We Are Here, program bayaran balik yuran pengajian, Foundations, dsb)
  • Menguruskan semua aktiviti pekerjaan rakan sepasukan seperti pengambilan, kenaikan pangkat, prestasi pekerjaan, penilaian, hubungan rakan sepasukan dan tindakan disiplin dengan kelulusan yang bersesuaian menurut keperluan bagi memaksimumkan keberkesanan pusat atau program
  • Memberi panduan kerja bagi rakan sepasukan kejururawatan, teknikal, pejabat dan biomedikal
  • Menentukan jadual kakitangan yang menggalakkan penggunaan rakan sepasukan dengan paling efektif
  • Menangani isu hubungan rakan sepasukan dengan sewajarnya dan memanjangkannya sekiranya perlu
  • Memastikan proses pengambilan pekerja yang menyeluruh dilengkapkan dalam tempoh yang sewajarnya bagi memastikan rakan sepasukan baru menerima latihan dan sokongan yang sewajarnya untuk memahami dengan berkesan, jabatan, sistem komputer, peranan, dan polisi, prosedur serta standard kepatuhan syarikat
  • Menguruskan semua bahagian pekerjaan rakan sepasukan termasuklah rekrutmen, pengambilan bekerja, kenaikan pangkat, penilaian prestasi pekerjaan, perkembangan profesional, tinjauan kepuasan rakan sepasukan, hubungan rakan sepasukan, tindakan disiplin, pampasan, dan pemberhentian dengan kelulusan yang sewajarnya daripada Pengarah Operasi Serantau dan/atau Pengarah/Pengurus Khidmat Manusia
  • Mengemaskini rekod rakan sepasukan termasuklah penilaian prestasi bertulis bagi semua kakitangan; semua rekod perlu disimpan menurut polisi DaVita dan sebarang undang-undang yang berkenaan
  • Mengetahui, memahami dan mengguna pakai undang-undang gaji asas dan tempoh bekerja, undang-undang dan peraturan persekutuan, negeri dan tempatan termasuklah Medicare dan perundangan yang melibatkan pekerjaan dalam perkhidmatan dialisis dan kejururawatan
  • Merangka dan mengekalkan program pendidikan bagi memastikan rakan sepasukan sentiasa mempunyai pengetahuan terbaru tentang amalan kejururawatan, langkah-langkah berjaga-jaga universal, keselamatan pekerja/pesakit, dsb.
  • Mengetahui, memahami, menyampaikan dan mematuhi polisi dan prosedur DaVita melalui manual bertulis yang dikemaskini dan pendidikan semasa berkhidmat termasuk tetapi tidak terhad kepada keselamatan, kawalan keselamatan dan polisi dan prosedur pekerjaan.
  • Memastikan semua lesen rakan sepasukan yang diperlukan berada dalam tempoh sah laku.
Pengurusan Risiko/ Kepatuhan Jaminan Kualiti:
  • Membantu dalam penyediaan ringkasan data bagi tujuan audit dalaman
  • Memastikan kepatuhan dengan polisi dan prosedur DaVita menurut Peraturan Negeri dan Persekutuan bagi penjagaan dan perkhidmatan pesakit (HIPAA, CMS, OSHA, atau agensi pentadbiran lain)
  • Memastikan kepatuhan dengan Peraturan Negeri atau Persekutuan bagi Program Latihan Pencegahan Kecederaan dan Keselamatan
  • Membantu dalam merangka dan melaksanakan sebarang tindakan pembetulan yang perlu sebagai hasil daripada jaminan kualiti dalaman atau luaran atau seperti yang diperlukan oleh Medicare, OSHA atau agensi pentadbiran yang lain
  • Melapor dan merekodkan semua kecederaan rakan sepasukan menurut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan
  • Mengambil bahagian dalam program jaminan kualiti dengan Pengarah Operasi Serantau dan Koordinator Jaminan Kualiti menurut polisi DaVita
Pengurusan Pusat/Peralatan:
  • Memastikan peralatan dan bekalan diselenggara bagi membekalkan penjagaan berkualiti dan memastikan keselamatan pesakit dan kakitangan
  • Mengenalpasti dan merancang tindakan pembetulan segera bagi sebarang isu melibatkan keselamatan bangunan atau peralatan dan sistem
  • Mengambil bahagian dalam perancangan dan tinjauan berkala bagi polisi dan prosedur dengan Pengarah Operasi Serantau/ Pengarah Perubatan bagi memastikan operasi pusat yang konsisten, cekap dan selamat
KELAYAKAN MINIMUM
  • Pendidikan, lesen, pensijilan, dan pengalaman yang diperlukan bagi memenuhi tugas-tugas utama, termasuklah kemahiran komputer menurut keperluan.
  • Diploma dalam bidang berkaitan diperlukan; Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan lebih diutamakan
  • Lesen semasa untuk bekerja sebagai Jururawat Berdaftar di negeri tempat bekerja adalah diberi keutamaan
  • Minimum tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan diperlukan; minimum 2 tahun pengalaman dalam pengurusan penjagaan kesihatan diutamakan; pengalaman dengan pengurusan berbilang tempat diutamakan
  • Jika FA Kumpulan ialah seorang jururawat berdaftar (RN), maka minimum satu (1) tahun pengalaman bekerja sebagai RN diperlukan
  • Minimum enam (6) bulan pengalaman ESRD diperlukan; minimum dua (2) tahun pengalaman dalam bidang dialisis diutamakan
  • Pensijilan CPR semasa diperlukan
  • Pensijilan CNN diutamakan
  • Kelayakan dan gabungan kemahiran lain mungkin akan dipertimbangkan menurut budi bicara ROM
  • Kemahiran komputer dan kecekapan peringkat pertengahan dalam MS Word, Excel, PowerPoint, dan Outlook diperlukan
  • Kemahiran menggunakan semua sistem komputer DaVita yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada Outlook, SNAPPY, DUCK, dsb. dalam tempoh 60 hari pengambilan bekerja atau kenaikan pangkat diperlukan
KELAKUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK BERJAYA DALAM JAWATAN INI
  • Komitmen menjadi contoh bagi nilai-nilai Kecemerlangan Perkhidmatan, Integriti, Pasukan, Kemajuan yang Berterusan, Kebertanggungjawaban, Kepuasan dan Keseronokan dengan kebolehan menunjukkannya secara positif dan proaktif kepada para pesakit, rakan sekerja, pihak pengurusan, doktor, dan/atau pembekal (Rakan Perkhidmatan Village) dalam pekerjaan dan interaksi seharian
  • Menunjukkan pemahaman mendalam terhadap operasi pusat dan/atau program serta peranan rakan sepasukan dalam pencapaian misi
  • Menunjukkan kelebihan dalam membina pasukan, pengurusan, dan kemahiran berkomunikasi
  • Kebolehan untuk memahami dan memotivasi kelakuan positif serta semangat rakan sepasukan yang tinggi
  • Menunjukkan kebolehan menguruskan pasukan yang berbagai-bagai
  • Kesanggupan dan keinginan mencipta persekitaran pembelajaran bagi rakan sepasukan dan memupuk persekitaran kerja yang positif dan memuaskan
  • Kesanggupan untuk membantu rakan sepasukan untuk mencapai matlamat jabatan
  • Menunjukkan kemahiran kepimpinan melalui teladan; kebolehan menampilkan sikap positif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pusat serta rakan sepasukan
  • Menunjukkan kemahiran pengagihan tugas yang sewajarnya
  • Kemahiran berkomunikasi bertulis, lisan dan antara perorangan yang bagus termasuklah kebolehan mendengar dengan teliti dan menyampaikan maklumat dengan jelas dan efektif
  • Menunjukkan kebolehan bekerja dengan baik dengan kumpulan berfungsi silang
  • Menunjukkan kemahiran antara perorangan, bekerjasama, dan membina hubungan; kebolehan berinteraksi secara positif dengan rakan sepasukan di semua peringkat syarikat
  • Mesra dan terbuka
  • Menunjukkan kebolehan menyampaikan maklumat yang rumit atau sensitif dengan bijaksana
  • Pengalaman penyeliaan dan menunjukkan kesanggupan, keinginan dan kebolehan bagi menyelia adalah diperlukan dengan kecenderungan bagi membimbing, pementoran, membangunkan prestasi dan kemahiran rakan sepasukan bagi memupuk persekitaran kerja yang positif
  • Menunjukkan kebolehan memimpin dan mendorong rakan sepasukan dengan keyakinan dalam proses dan matlamat kerja
  • Menunjukkan keinginan dan kesanggupan melatih rakan sepasukan baru dan memastikan pementoran dan bimbingan berterusan bagi semua rakan sepasukan
  • Menunjukkan kreativiti, inovasi, dan kebolehan membina keupayaan modal insan
  • Menunjukkan kelebihan dalam kemahiran organisasi, perhatian terhadap perincian, susulan, analisis, pertimbangan, pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah
  • Menunjukkan kebolehan mengenalpasti dan menganalisa isu secara proaktif dan bagi mengenalpasti dan melaksanakan penyelesaian secara bekerjasama dan mengetuai inisiatif bagi penambahbaikan
  • Menunjukkan kebolehan menguruskan keutamaan yang berbilang dalam persekitaran kerja yang rancak, sentiasa berubah dan berevolusi
  • Keinginan peribadi yang kuat bagi pembelajaran dan perkembangan yang berterusan
  • Menunjukkan empati dan belas kasihan bagi pesakit, keluarga pesakit dan rakan sepasukan
  • Menunjukkan komitmen terhadap perkhidmatan pelanggan; berkomunikasi secara proaktif dan bertindak balas dengan segera terhadap keperluan rakan sepasukan dan/atau pesakit
KEMAHIRAN BAHASA
  • Fasih dalam kemahiran bertulis dan lisan yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi, tugas dan tanggungjawab utama jawatan ini dengan berjaya
  • Kebolehan memahami dan menyampaikan secara lisan dan bertulis, perbendaharaan kata klinikal/ perubatan yang paling kerap ditutur dan ditulis dalam Bahasa Inggeris adalah diperlukan
KEPERLUAN PENGLIHATAN
Penglihatan yang memadai bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab utama bagi jawatan ini.

KEPERLUAN FIZIKAL
  • Keperluan fizikal mungkin berbeza-beza. Ia perlu ditinjau dengan pihak pengurusan. Namun, secara amnya, jawatan ini memerlukan aktiviti fizikal yang berikut:
  • Kebolehan mengangkat minimum 5 paun sehingga maksimum 25 paun tanpa bantuan; boleh melakukan pergerakan berdiri, duduk, membongkok, berjalan, meregang, mencapai secara berulang serta menggunakan julat pergerakan tubuh yang sepenuhnya.
PERSEKITARAN KERJA
Tahap I – Tugasan yang diperlukan untuk jawatan ini secara rutin melibatkan risiko bagi potensi sentuhan membran mukus atau kulit dengan darah, bendalir tubuh, tisu atau kemungkinan tumpahan atau percikan. Penggunaan langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya diperlukan bagi setiap penyedia penjagaan kesihatan dalam jawatan ini. Bahaya biasa yang dikaitkan dengan pengembaraan atas urusan kerja.

Kenyataan di atas menggambarkan sifat am dan tahap kerja yang dilakukan oleh individu yang memegang jawatan ini. Penghuraian tugas ini tidak bertujuan menjadi senarai lengkap semua tugas dan tanggungjawab yang diperlukan dalam jawatan ini. Penghuraian tugas ini bukanlah sebuah kontrak pekerjaan.

Bagi sebarang pertanyaan tentang peluang lain atau memohon pekerjaan, sila hubungi kami hari in: careers.malaysia@davita.com

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top