Pembantu Dialisis



Melapor Diri Kepada: Pentadbir Pusat
*Nota: Jawatan Ini Mungkin Juga Melapor Diri Kepada Jururawat Berdaftar Yang Menjaga, Koordinator Klinikal Dan/Atau Pengurus Jururawat Klinikal Status Flsa: Tidak Dikecualikan

TUJUAN AM TUGAS
Jawatan Pembantu Dialisis membantu jururawat berdaftar dalam menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit Dialisis Renal Peringkat Akhir (“ESRD”).

Nota: Semua tugas dijalankan di bawah seliaan langsung jururawat yang berdaftar menurut polisi & prosedur DaVita, Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSHA”), Persatuan bagi Kemajuan Pengalatan Perubatan (“AAMI”), Pusat bagi Perkhidmatan Medicare dan Medicaid (“CMS”) serta peraturan persekutuan, negeri dan setempat.
TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN: Tidak

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ASAS
  • Tugas dan tanggungjawab di bawah ini secara amnya menggambarkan tanggungjawab bagi jawatan ini tetapi tidak bertujuan bersifat menyeluruh.
  • Menerima pesakit ke kawasan rawatan/pemeriksaan; menimbang pesakit, mengambil suhu dan tekanan darah sebelum dan selepas dialisis; membuat catatan pada semua helaian aliran dialisis
  • Mengambil dan mencatatkan tanda-tanda vital dan semua parameter lain pesakit ESRD menurut polisi DaVita dan/atau peraturan negeri; mendapatkan sampel darah dan spesimen pengkulturan serta menyediakannya untuk dihantar
  • Mengambil data pesakit, termasuklah tetapi tidak terhad kepada:
    • memantau dan mencatatkan status akses vaskular
    • mencatatkan pemerhatian terhadap pesakit dan meminta panduan apabila arasnya berada di luar julat normal bagi pesakit ESRD
    • melaporkan parameter pesakit kepada jururawat berdaftar apabila diperlukan
  • Meneliti preskripsi dialisis, memantau keadaan fizikal dan mental am pesakit melalui pemerhatian dan menemubual, mendapatkan maklumat dan/atau data bagi menentukan pematuhan kepada regimen diet atau ubat-ubatan; mencatatkan pemerhatian
  • Memulakan dialisis melalui akses yang dibenarkan menggunakan teknik kanulasi atau teknik kateter vena sentral (“CVC”) yang betul menurut peraturan negeri, persekutuan dan setempat
  • Melaksanakan tugas-tugas perkeranian bila diperlukan dan mungkin merangkumi: memfail, memesan ujian makmal, menjadualkan janji temu, menjawab telefon, memesan bekalan, membil, membuat salinan, menghantar faks, pemasukan data, mengemas kini carta pesakit
  • Menyediakan dan memantau mesin dialisis serta sistem air osmosis berbalik (“RO”) supaya berfungsi dengan baik, bertindak balas terhadap penggera visual dan boleh dengar serta membuat pengubahsuaian yang sewajarnya sebelum, semasa dan selepas rawatan dialisis, menjalankan pemeriksaan keselamatan seperti yang diarahkan oleh jururawat berdaftar
  • Meleraikan, membersihkan dan menyahjangkit mesin dan peralatan dialisis menurut prosedur DaVita; menjalankan pembersihan terminal yang sepatutnya di penghujung rawatan dan menyahjangkit peralatan dialisis
  • Sekiranya menjalankan fungsi guna semula (reuse), tahu dan faham semua prosedur yang berkaitan dengan penggunaan semula pendialisis dan melengkapkan latihan yang perlu, jika berkenaan
  • Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab lain seperti yang ditugaskan
KELAYAKAN MINIMUM
  • Pendidikan, lesen, sijil dan pengalaman yang diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas asas, termasuklah kemahiran komputer sekiranya diperlukan.
  • Diploma sekolah menengah, sijil kemajuan pendidikan am (“GED”, Sijil Juruteknik Dialisis atau setara dengannya diperlukan
  • Sijil Juruteknik Dialisis yang dikeluarkan oleh program pensijilan negeri berkelulusan CMS atau program pensijilan kebangsaan yang boleh diperoleh secara komersial diperlukan dalam tempoh 18 bulan setelah diambil bekerja atau perubahan jawatan
  • Sijil resusitasi kardiopulmonari (“CPR”) yang masih sah diperlukan (atau perlu diperoleh dalam tempoh 60 hari setelah diambil bekerja)
  • Kemahiran komputer asas dan kecekapan dalam MS Word dan Outlook; kecekapan dalam semua aplikasi klinikal DaVita diperlukan dalam tempoh 90 hari setelah diambil bekerja atau perubahan jawatan
  • Keperluan/ peraturan negeri tambahan sekiranya berkenaan
KEMAHIRAN BAHASA Fasih dalam kemahiran bertulis dan lisan yang perlu bagi melaksanakan fungsi, tugas dan tanggungjawab jawatan ini dengan berjaya
  • Kemampuan membaca, bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan jelas, memadai untuk berkomunikasi tentang konsep teknikal dan perubatan yang kompleks kepada rakan sepasukan, pesakit dan ahli keluarga pesakit menggunakan istilah yang jelas dan mudah difahami adalah diperlukan
  • Kemampuan memahami kosa kata klinikal/perubatan bertulis atau lisan bahasa Inggeris diperlukan
KEPERLUAN FIZIKAL Keperluan fizikal mungkin berbeza. Ia mesti ditinjau dengan pihak pengurusan. Bagaimanapun, secara amnya, jawatan ini memerlukan aktiviti fizikal berikut:
  • Kemampuan mengangkat sekurang-kurangnya 5 paun sehingga 50 paun maksimum tanpa bantuan; mampu melakukan gerakan berdiri, duduk, membongkok, berjalan, meregang, mencapai secara berulang-ulang, dan menggunakan julat pergerakan badan sepenuhnya
  • Kemampuan berinteraksi apabila berjumpa dengan orang lain dan melalui telefon dengan jelas dan efisien
  • Kemampuan menggunakan komputer dan semua peranti persisian apabila diperlukan bagi menepati matlamat
  • Penglihatan yang cukup baik bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab asas jawatan ini
  • Kemampuan untuk lulus ujian penglihatan warna, jika berkenaan

PERSEKITARAN KERJA TAHAP I – Tugas yang diperlukan dalam jawatan ini lazimnya melibatkan potensi bagi sentuhan membran mukus atau kulit dengan darah, bendalir tubuh, tisu atau kejadian tumpah atau percikan yang mungkin berlaku. Pengamalan langkah-langkah perlindungan diri yang sewajarnya diperlukan bagi setiap penyedia penjagaan kesihatan dalam jawatan ini. Bahaya biasa berkaitan perjalanan bagi tujuan pekerjaan, sekiranya berkenaan.

Kenyataan di atas menggambarkan sifat am dan tahap kerja yang dilakukan oleh individu yang memegang jawatan ini. Penghuraian tugas ini tidak bertujuan menjadi senarai lengkap semua tugas dan tanggungjawab yang diperlukan dalam jawatan ini. Penghuraian tugas ini bukanlah sebuah kontrak pekerjaan.

Bagi sebarang pertanyaan tentang peluang lain atau memohon pekerjaan, sila hubungi kami hari in: careers.malaysia@davita.com

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top