Jururawat Berdaftar I Kronik



MELAPOR DIRI KEPADA: Pentadbir Pusat*Nota: Jawatan Ini Mungkin Juga Melapor Diri Kepada Jururawat Berdaftar Yang Menjaga, Koordinator Klinikal Dan/Atau Pengurus Jururawat Klinikal

STATUS FLSA: Tidak Dikecualikan

TUJUAN AM TUGAS
Jawatan ini bertanggungjawab bagi menyampaikan semua khidmat kejururawatan yang berkaitan dengan dialisis bagi pesakit Penyakit Renal Peringkat Akhir dalam persekitaran yang kronik.

TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN: Tidak

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ASAS
Tugas dan tanggungjawab di bawah ini secara amnya menggambarkan tanggungjawab bagi jawatan ini tetapi tidak bertujuan bersifat menyeluruh.
  • Menyelia dan melaksanakan penjagaan langsung pesakit termasuk tetapi tidak terhad kepada mengambil dan memantau tanda-tanda vital, memulakan dan menamatkan dialisis, dokumentasi, penilaian fizikal pesakit dan rawatan pesakit, mengambil dan mentranskripsi arahan doktor, mengambil sampel dan dokumentasi ujian makmal yang diminta
  • Memerhatikan tanda-tanda trauma, keadaan am fizikal dan mental pesakit, meneliti arahan dialisis, mencatatkan pemerhatian di dalam rekod perubatan pesakit
  • Menganalisa penilaian pesakit, data makmal dan, apabila ada kegusaran, membawa masalah tersebut kepada perhatian doktor
  • Memaklumkan tentang semua kecemasan, komplikasi yang mengancam nyawa pesakit dan kejadian yang berkaitan kepada penyelia, Pengarah Perubatan, Pengarah Operasi Serantau, Pentadbir Pusat atau Pentadbir Pusat Kumpulan
  • Menilai kesediaan pesakit dan keluarga pesakit bagi belajar dan memberikan maklumat yang sewajarnya tentang penyakit renal, rawatan dialisis yang ditetapkan, regimen ubat-ubatan serta kesannya ke atas kesihatan dan kesejahteraan pesakit
  • Menyediakan terapi dialisis, termasuk tetapi tidak terhad kepada merangka rancangan dialisis berdasarkan arahan doktor, berat dan kadar ultraturasan, mengesahkan langkah keselamatan tersedia dan dipatuhi, memberikan ubat-ubatan atau rawatan lain yang sewajarnya, menghentikan dialisis menurut prosedur yang sudah ditetapkan, mencatatkan semua aktiviti dengan sewajarnya
  • Memberi tunjuk ajar kepada pesakit tentang penjagaan sebelum dan selepas dialisis
  • Menyampaikan penjagaan pesakit yang berkualiti dengan cara yang bertimbangrasa dan menghormati
  • Mengambil bahagian dalam kemajuan dan pelaksanaan rancangan penjagaan jangka pendek dan jangka panjang pesakit dan nota kemajuan bulanan


KELAYAKAN MINIMUM
Pendidikan, lesen, sijil dan pengalaman yang diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas asas, termasuklah kemahiran komputer sekiranya diperlukan.
  • Ijazah kejururawatan daripada sebuah sekolah kejururawatan yang bertauliah diperlukan
  • Graduan baharu, kurang daripada satu tahun selepas mendapat lesen
  • Pengalaman dialisis kurang daripada tiga bulan
  • Lesen Jururawat Berdaftar yang sah di negeri tempat bekerja
  • Sijil resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang sah adalah diperlukan
  • Melengkapkan rancangan latihan yang diluluskan oleh pengarah perubatan dan badan pentadbiran seperti yang dikehendaki garis panduan CMS sebelum mengendalikan sistem rawatan air
  • Kemahiran asas komputer dan kecekapan dalam MS Word dan Outlook diperlukan; kecekapan berfungsi dalam semua sistem komputer DaVita dalam tempoh 90 hari setelah diambil bekerja diperlukan


KEMAHIRAN BAHASA
Fasih dalam kemahiran bertulis dan lisan yang perlu bagi melaksanakan fungsi, tugas dan tanggungjawab asas tugas ini dengan berjaya
  • Kemampuan membaca, bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan jelas, memadai untuk berkomunikasi tentang konsep teknikal dan kompleks kepada rakan sepasukan, pesakit dan ahli keluarga pesakit menggunakan istilah yang jelas dan mudah difahami adalah diperlukan
  • Kemampuan memahami kosa kata klinikal/perubatan bertulis atau lisan bahasa Inggeris diperlukan


KEPERLUAN PENGLIHATAN:
Penglihatan yang memadai bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab asas jawatan ini termasuklah penggunaan monitor komputer yang berulang
  • Kemampuan untuk lulus ujian penglihatan warna
  • Mesti mempamerkan kebolehan membezakan warna yang muncul pada strip penguji


KEPERLUAN FIZIKAL
Keperluan fizikal mungkin berbeza. Ia mesti ditinjau dengan pihak pengurusan. Bagaimanapun, secara amnya, jawatan ini memerlukan aktiviti fizikal berikut:
  • Kemampuan mengangkat sekurang-kurangnya 5 paun sehingga 50 paun maksimum tanpa bantuan dan mampu melakukan gerakan berdiri, duduk, membongkok, berjalan, meregang, mencapai secara berulang-ulang, dan menggunakan julat pergerakan badan sepenuhnya


PERSEKITARAN KERJA
TAHAP I – Tugas yang diperlukan dalam jawatan ini lazimnya melibatkan potensi bagi sentuhan membran mukus atau kulit dengan darah, bendalir tubuh, tisu atau kejadian tumpah atau percikan yang mungkin berlaku. Pengamalan langkah-langkah perlindungan diri yang sewajarnya diperlukan bagi setiap penyedia penjagaan kesihatan dalam jawatan ini.

Kenyataan di atas menggambarkan sifat am dan tahap kerja yang dilakukan oleh individu yang memegang jawatan ini. Penghuraian tugas ini tidak bertujuan menjadi senarai lengkap semua tugas dan tanggungjawab yang diperlukan dalam jawatan ini. Penghuraian tugas ini bukanlah sebuah kontrak pekerjaan.

Bagi sebarang pertanyaan tentang peluang lain atau memohon pekerjaan, sila hubungi kami hari in: careers.malaysia@davita.com

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top