Ubahlah penjagaan kesihatan dengan DaVita di Malaysia

Sertailah sebuah pasukan yang berusaha untuk menjadi pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di dunia.

DaVita ialah sebuah komuniti dahulu, kemudian sebuah syarikat. DaVita sedang membangunkan satu pasukan klinikal bagi menerajui usaha meningkatkan tahap piawaian penjagaan pesakit yang mengidap penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD) di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk mencipta sebuah persekitaran yang memberi hasil klinikal yang terbaik, kepuasan pesakit dan keterlibatan rakan sepasukan. DaVita kini mencari doktor, jururawat, pembantu dialisis dan ahli profesional lain yang mempunyai ciri-ciri penyayang dan bersifat belas kasihan, dan mahu membantu pesakit menjalani kehidupan mereka yang terbaik. Sebagai rakan sepasukan (kakitangan) dalam komuniti kami, anda akan bekerja dengan rakan sepasukan lain yang berkongsi komitmen ikhlas yang sama bagi memberikan penjagaan pesakit yang terbaik. Selain itu juga, berusaha mencapai pertumbuhan dan kemajuan peribadi serta profesional.

Bagi sebarang pertanyaan tentang peluang lain atau memohon pekerjaan, sila hubungi kami hari in: careers.malaysia@davita.com

Peluang Kerjaya

Pentadbir Pusat Kumpulan (Group Facility Administrator – GFA)

Tinjauan

Jawatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan operasi keseluruhan bagi perkhidmatan kejururawatan dan penjagaan pesakit di dua atau lebih pusat hemodialisis DaVita termasuk pengurusan kewangan, kawalan kualiti dan penjagaan pesakit, keselamatan, pengurusan risiko, memenuhi kepuasan pekerjaan rakan sepasukan, skor indeks kualiti, penyelenggaraan pusat, serta tugas lain yang mungkin timbul sewaktu operasi pusat tersebut. Jawatan ini memastikan pengurusan kejururawatan terapeutik yang selamat bagi pesakit Penyakit Renal Peringkat Akhir (ESRD).
Maklumat lanjut

Pentadbir Pusat (Facility Administrator – FA)

Tinjauan

Tugas-tugas dan tanggungjawab berikut secara amnya menggambarkan jangkaan bagi jawatan ini tetapi tidak bertujuan merangkumi segala-galanya.

Penjagaan Pesakit – Membawa kesan terhadap kehidupan pesakit dan menyampaikan hasil klinikal yang optimum

Kejayaan di pusat dialisis DaVita diukur dengan tahap tindak balas pesakit terhadap rawatan dialisis mereka. FA bertanggungjawab bagi memantau hasil klinikal pesakit menggunakan metrik kualiti DaVita (DQI) dengan bekerja di samping para doktor, jururawat dan pasukan interdisiplin.

Kerja sepasukan – Membangunkan, menjadi mentor dan menginspirasikan sebuah pasukan yang padu

Para FA terbaik kami berkembang apabila mereka membentuk sepasukan klinikal bagi mencapai hasil yang optimum. FA menemuduga dan mengambil pekerja, memantau kepatuhan, melaksanakan penilaian rakan sepasukan, mengetuai inisiatif kepuasan pekerjaan rakan sepasukan dan menerapkan Nilai-nilai Teras di dalam semua aspek klinikal tersebut.

Pengurusan Kewangan – Mendorong pendapatan syarikat

FA yang berjaya memastikan operasi dan prestasi lengkap klinik mereka termasuklah semua aspek kewangan. FA menguruskan belanjawan, meramal perbelanjaan, berkomunikasi dengan pembekal, memesan bekalan dan memastikan kepatuhan dengan standard kesihatan dan keselamatan awam.

Maklumat lanjut

Jururawat Berdaftar I Kronik

Tinjauan

Jawatan ini bertanggungjawab bagi menyampaikan semua khidmat kejururawatan yang berkaitan dengan dialisis bagi pesakit Penyakit Renal Peringkat Akhir dalam persekitaran yang kronik.

Maklumat lanjut

Patient Care Technician I - Chronic

Tinjauan

Jawatan Pembantu Dialisis membantu jururawat berdaftar dalam menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit Dialisis Renal Peringkat Akhir (“ESRD”).

Maklumat lanjut

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top