Apakah Program Pendidikan Health Coach – Kidney Care?

Health Coach – Kidney Care ialah sebuah kelas 90 minit tanpa kos yang dipimpin oleh pakar dalam komuniti anda dan dibuka kepada sesiapa yang mengidap CKD atau menjaga orang yang mengidap CKD, tidak kiralah tempat dimana mereka menerima rawatan. Peserta akan belajar perkara berikut:

  • Apakah yang menyebabkan penyakit ginjal dan cara untuk melambatkannya
  • Apakah sumber diet yang ada bagi membantu anda menguruskan diet anda
  • Apakah pilihan rawatan yang mungkin tersedia bagi anda

Mengapakah Health Coach – Kidney Care penting?

Health Coach – Kidney Care dirangka bagi membantu anda mengharungi cabaran dalam kehidupan anda akibat penyakit ginjal kronik (CKD). Kelas ini akan membantu memahami peringkat CKD dan kesannya terhadap kesihatan anda. Health Coach – Kidney Care juga dapat membantu untuk menguasai keadaan dengan mencipta sebuah pelan tindakan dan memperkenalkan kepada sumber-sumber bagi membantu menguruskan kesihatan anda serta membuat keputusan yang terbaik bagi diri anda supaya dapat menikmati kualiti kehidupan yang terbaik.

Didiklah diri anda dan mendaftarlah bagi sebuah Kelas Pendidikan Penjagaan Ginjal Tanpa Kos

Kawal kesihatan ginjal anda dengan menghadiri kelas Health Coach – Kidney Care selama 90 minit.

Kelas yang disediakan:

Lebih banyak kelas akan disediakan tidak lama lagi. Sila lawat halaman ini dari masa ke semasa bagi maklumat terkini.

Maklumat Peserta




Health Coach – Kidney Care dihasilkan oleh satu pasukan kesihatan DaVita yang professional dan terdiri daripada pelbagai disiplin. Bahan kandungan yang dibentangkan di sini bertujuan sebagai pengetahuan umum sahaja, dan tidak mengganti nasihat doktor anda.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top