Menyesuaikan Diri Terhadap Kehidupan Semasa Menjalani Dialisis

Makanlah Ubat Anda, Kawal Keadaan

Pesakit yang menjalani dialisis kerap mengambil beberapa ubat-ubatan, dan masa ia diambil amatlah penting. Misalnya, anda mungkin diberi preskripsi pengikat fosfat untuk diambil semasa makan, dan vitamin renal untuk diambil pada waktu yang lain. Turutilah nasihat ini supaya mengekalkan rutin pengambilan ubat harian itu lebih mudah:

  • Dengar dan belajar:Buat senarai ubat-ubatan anda, termasuklah vitamin dan tambahan over-the-counter lain, dan berbincanglah dengan doktor anda tentang sebab setiap satunya dipreskripsikan, masa ia sepatutnya diambil dan peranan pentingnya dalam penjagaan ginjal anda.
  • Pastikan ia teratur: Cuba gunakan bekas penjadual ubat-ubatan plastik dan ambillah setiap ubat pada masa yang sama setiap hari (melainkan doktor anda memberi arahan lain). Satu lagi tip yang hebat ialah mengaitkan pengambilan ubat anda dengan acara harian yang lain, misalnya menonton program TV kegemaran anda atau masuk tidur.
  • Patuhi jadual: Sekiranya anda mengalami kesan sampingan, berbincanglah dengan doktor anda sebelum anda berhenti mengambil mana-mana ubat. Juga, isi semula preskripsi perlu tepat pada masanya untuk mengelak kejadian kehabisan ubat.

 

Kenali Almari Ubat Anda

Ubat-ubatan yang perlu dielak termasuklah pil penahan sakit over-the-counter seperti ibuprofen, naproxen dan beberapa tambahan yang diketahui boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Tinjauan Diet Dialisis

Ada dua perkara yang anda perlu tahu tentang diet dialisis: pertama, ia berbeza daripada pilihan makanan yang biasa anda buat sekarang, dan kedua, anda perlu cuba untuk tidak membuat terlalu banyak perubahan sekali gus. Sesetengah pesakit yang mengamalkan diet dialisis bermula dengan memfokus kepada apa yang mereka “tidak boleh” makan. Sementara memang ada makanan dan minuman yang perlu anda elak, ingatlah bahawa menuruti garis panduan nutrisi dialisis ialah satu cara mengawal kesihatan anda dan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik. Anggaplah diet dialisis itu sebagai satu peluang untuk mencuba perkara baru. Merancang makanan anda dan berkongsinya dengan keluarga anda boleh menjadi menyeronokkan.

Pastikan Diri Anda dan Pasukan Penjagaan Kesihatan Anda Bersedia

Salah satu perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk memudahkan peralihan anda kepada dialisis ialah memastikan setiap orang dalam pasukan penjagaan kesihatan anda sentiasa dimaklumkan. Doktor penjagaan utama anda, doktor diabetes, ahli kardiologi – mereka semua perlu tahu bila anda memulakan dialisis, kerana ia mungkin memberi kesan terhadap ujian makmal anda, matlamat kesihatan anda dan preskripsi ubat-ubatan yang mereka berikan.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top