Bersedia bagi Dialisis

8 Cara Untuk Bersedia bagi Dialisis

Sama ada ia rawatan pertama anda ataupun yang kelima puluh, bagus sekiranya anda ada perancangan bagi dialisis. Di sini ada lapan cara bagi membantu anda bersedia dan mengekalkan kualiti kehidupan anda semasa menjalani dialisis.

  1. Jadilah pelajar yang baik
  2. Sentiasa ambil tahu tentang kesihatan anda dan belajarlah daripada pasukan penjagaan ginjal anda.

  3. Berbuallah
  4. Berbuallah dengan keluarga dan rakan-rakan anda tentang keperluan anda bagi dialisis dan perasaan anda. Mendapatkan sokongan dari awal dan dengan kerap boleh membantu anda berasa bersedia bagi dialisis.

  5. Keputusan, keputusan … tentang dialisis
  6. Bincangkan pilihan rawatan anda dengan ahli nefrologi anda supaya anda boleh bekerjasama bagi mencari rawatan yang sesuai.

  7. Pesakit boleh membantu
  8. Hubungilah orang yang boleh memahami perkara yang sedang anda lalui. Pesakit yang sedang menjalani dialisis boleh membantu anda menjalani selok-belok persediaan bagi dialisis.

  9. Dari titik A ke titik B
  10. Tentukan pusat dan pusat perubatan manakah yang berhampiran dengan tempat tinggal atau tempat kerja anda, supaya anda boleh merancang pengangkutan yang selesa dan mudah. Carilah pusat yang berhampiran dengan anda.

  11. Akses sepenuhnya bagi dialisis
  12. Bagi menerima dialisis, anda perlu menjalani prosedur bagi memasang akses, yang akan membolehkan darah anda bergerak ke dan dari mesin dialisis. Ahli nefrologi anda akan membincangkan cara bersedia bagi pembedahan memasang akses itu setelah anda membuat keputusan tentang rawatan. Mintalah maklumat selanjutnya daripada ahli nefrologi anda.

  13. Teruskan bekerja
  14. Terus bekerja apabila anda memerlukan dialisis amat penting bagi kesejahteraan anda, dari segi mental dan kewangan. Berbincanglah dengan majikan anda tentang cara pekerjaan anda boleh disesuaikan kepada keperluan anda setelah anda memulakan rawatan.

  15. Cara pemakanan mesra-ginjal
  16. Tumpukan perhatian kepada apa yang anda makan. Rancang diet yang mesra-ginjal dan patuhi ia. Tidak lama lagi anda akan makan makanan yang enak dan mesra-ginjal.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top