Apakah Dialisis dan Bilakah Saya Akan Memulakannya?

What Is Kidney Disease?

Apakah dialisis?

Dialisis ialah rawatan yang menyingkirkan bahan kumuhan dan bendalir lebihan daripada darah anda.

Sekiranya Saya Mengidap Penyakit Ginjal, Adakah Saya Akan Memerlukan Dialisis?

Pada peringkat awal penyakit ginjal kronik (CKD), anda tidak perlukan dialisis. Peringkat-peringkat penyakit ginjal boleh berlarutan bagi masa beberapa tahun. Tapi, sekiranya ginjal anda gagal, anda akan perlukan dialisis atau pemindahan ginjal supaya anda boleh terus hidup.

Bilakah Saya Sepatutnya Memulakan Dialisis?

Garis panduan Yayasan Ginjal Kebangsaan mengesyorkan anda memulakan dialisis apabila fungsi ginjal anda menurun sehingga 15 peratus atau kurang – atau sekiranya anda mempunyai simptom teruk yang disebabkan penyakit ginjal anda, misalnya sesak nafas, kelesuan, kekejangan otot, rasa loya atau muntah. Doktor anda akan membantu anda membuat keputusan tentang masa untuk memulakan dialisis, berdasarkan simptom-simptom anda dan keputusan ujian makmal yang mengukur berapa banyak fungsi ginjal anda yang masih ada.

Insurans dan badan-badan pembiayaan lain atau penaja (misalnya Jabatan Perkhidmatan Awam, SOCSO, dsb.) mungkin membiaya rawatan bagi kegagalan ginjal pada bila-bila masa sahaja ia diperlukan seperti yang ditentukan oleh doktor anda. Sekiranya anda tidak mengalami simptom, anda mungkin boleh menanti sebelum memulakan dialisis. Memandangkan kegagalan ginjal kronik lazimnya berlaku dengan perlahan-lahan, kadangkala orang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak sihat sehinggalah mereka memulakan dialisis dan mula berasa lebih sihat.

Penting bagi anda mula bersedia menjalani dialisis atau pemindahan jauh lebih awal – apabila penyakit ginjal anda mencapai peringkat 4 atau 5. Belajar tentang jenis-jenis dialisis dan pilihan pemindahan akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik bagi diri anda. Sebarang jenis dialisis akan memerlukan pembedahan bagi membolehkan akses terhadap rawatan anda, dan ia perlu dilakukan jauh lebih awal bagi memberi masa untuk anda pulih sebelum dialisis bermula.

Setelah Saya Memulakan Dialisis, Adakah Ginjal Saya Akan Beransur Pulih?

Peluang bagi ginjal anda beransur pulih bergantung kepada sebab kegagalan ginjal anda itu. Kegagalan ginjal terbahagi kepada dia kategori am, akut dan kronik. Kegagalan ginjal akut (atau mengejut) biasanya sementara sahaja dan fungsi ginjal mungkin akan pulih. Namun, apabila kerosakan terhadap ginjal anda sudah berterusan dan berlarutan selama beberapa tahun, seperti dalam penyakit ginjal kronik (CKD), maka ginjal biasanya tidak akan pulih sehingga fungsi normalnya. Apabila CKD telah berkembang menjadi penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD), ia dianggap tidak boleh dipulihkan lagi.

Sebab-sebab lazim bagi Kegagalan Ginjal Akut (Mengejut)

  • Bekalan yang tidak mencukupi kepada ginjal
  • Aliran air kencing yang terhalang
  • Reaksi terhadap alergen atau bahan toksik, atau serangan autoimun akut terhadap ginjal

Sebab-sebab lazim bagi Kegagalan Ginjal Kronik (Beransur-ansur)

  • Diabetes jenis I and jenis II diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Glomerulonefritis (inflamasi glomeruli, gugusan pembuluh darah halus yang menuras darah anda)
  • Penyakit ginjal polisistik
  • Serangan autoimun jangka panjang terhadap ginjal
  • Sumbatan saluran kencing yang berlarutan

Sekiranya penyakit ginjal kronik anda tidak didiagnos sehinggalah anda memerlukan dialisis atau pemindahan, maka ia mungkin kelihatan mengejut kepada anda. Walau bagaimanapun, kecederaan secara beransuran terhadap ginjal anda yang telah berlaku sepanjang tempoh beberapa tahun menyebabkan kerosakan kekal.

Sekiranya anda mengidap kegagalan ginjal akut, anda mungkin memerlukan dialisis selama hanya beberapa hari atau minggu sementara ginjal anda pulih. Sekiranya ginjal anda sudah rosak dengan terlalu teruk dan fungsinya tidak dapat pulih, maka anda akan memerlukan dialisis jangka panjang atau pemindahan ginjal untuk terus hidup.

Sekiranya ginjal anda nampaknya sedang pulih, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ia benar. Ujian boleh menentukan sama ada fungsi ginjal anda telah bertambah baik.

1. [National Kidney Foundation, www.kidney.org]

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top