Menilai Risiko Anda

Mungkinkah Anda atau Orang Yang Anda Sayangi Berisiko mengalami CKD? Ramai yang berisiko, namun tidak mengetahuinya. Faktor risiko termasuklah seperti yang berikut:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
  • Sejarah keluarga bagi penyakit ginjal
  • Berusia 55 tahun atau lebih

Jika anda mungkin berisiko mengidap penyakit ginjal, pertimbangkanlah bagi melakukan saringan ginjal dengan doktor anda sebagai sebahagian daripada pemeriksaan perubatan anda yang seterusnya.

Bagaimana Saya Boleh Mengetahui Sekiranya Saya Mengidap Penyakit Ginjal?

Penyakit ginjal boleh dikesan melalui ujian makmal atau simptom. Aras kreatinin dan urea yang tinggi dalam darah atau aras protein yang tinggi dalam air kencing anda mencadangkan penyakit ginjal. Pengidap diabetes perlu menjalani ujian air kencing tahunan bagi mikroalbumin, jumlah protein yang sedikit yang tidak dikesan oleh ujian protein air kencing biasa.

Jika Saya Ada Tanda-tanda Penyakit Ginjal, Apakah Yang Perlu Saya Lakukan?

Selepas anda menjalani ujian saringan asas, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit ginjal, anda perlu meminta rujukan kepada seorang ahli nefrologi, pakar dalam merawat penyakit ginjal. Ahli nefrologi akan menjalankan penilaian, kemudian mencadangkan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup bagi membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal anda.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top