Diet dan Nutrisi bagi Pengidap Penyakit Ginjal

Apabila fungsi ginjal merosot, bahan kumuhan protein dan mineral menjadi sukar untuk disingkirkan, dan ginjal yang berpenyakit perlu bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya. Diet preskripsi ginjal setiap orang berbeza, tetapi nutrien utama yang terhad dalam diet ginjal termasuklah protein, fosforus, kalium dan natrium. Bacalah bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang makanan mesra-ginjal.

Buatlah Pilihan Bijak dengan Air

Pilih air paip atau air kosong di dalam botol, air minerak atau air berkarbonat yang berperisa. Air khas mungkin ditambah natrium, kalium atau fosfat.

Pilih Minuman Anda

Teh yang diseduh di rumah ialah alternatif ideal bagi air. Sesetengah minuman di dalam botol atau tin sarat dengan fosfat, jadi eloklah anda mengehadkannya.

Pilih Ayam Itik Anda

Pilih ayam itik yang segar. Banyak produk dengan bahan tambahan dan pra-masak (termasuklah kaldu, nuget dan kepingan) mengandungi sejumlah besar bahan tambahan natrium, fosfat dan kalium.

Pilih Bahan Organik

Buatlah sup rendah natrium anda sendiri dengan air rebusan organik atau buatan sendiri.

Tinjau Sifat Vegetarian Anda

Makanlah makanan tanpa daging atau rancanglah hidangan yang menggunakan jumlah daging yang sedikit bagi mengurangkan protein, dan dengan itu tekanan tambahan, ke atas ginjal anda. Makanan tanpa daging juga mengandungi kurang lemak tepu dan itu berita baik bagi jantung anda.

Nikmatilah Keju yang Penuh Rasa

Pilihlah keju semula jadi yang kuat perisanya dan hadkan jumlah yang anda makan kepada 1-2 auns bagi membantu mengurangkan pengambilan lemak tepu, kolesterol, natrium dan fosforus anda.

Antioksidan

Makanlah epal, beri, ceri, anggur merah, kubis, bunga kubis, bawang putih, bawang dan lada benggala merah yang kaya anti-oksidan bagi membantu mengurangkan inflamasi kronik yang dikaitkan dengan penyakit ginjal, penyakit kardiovaskular dan barah.

Tambah Tenaga dengan Protein

Pilihlah putih telur dan ikan yang tinggi omega-3 sebagai sumber protein anda. Tidak kira aras protein anda, rancang sekurang-kurangnya separuh daripada sumber berkualiti tinggi seperti ini untuk menerima semua asid amino yang perlu. Putih telur sangat rendah fosforus; ikan seperti salmon dan trout mengurangkan inflamasi yang berkaitan dengan penyakit ginjal dan jantung.

Kurangkan Lemak

Ganti lemak yang tidak sihat seperti lelemak, lemak haiwan dan marjerin berhidrogen dengan lemak sihat seperti minyak zaitun dan marjerin yang bebas trans-lemak.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top