20 Tip bagi Menjalani Kehidupan dengan Penyakit Ginjal

Kehidupan anda mungkin berbeza apabila anda mengidap penyakit ginjal kronik (CKD) tetapi anda masih boleh menikmatinya. Menanganinya selangkah demi selangkah pada satu masa ialah cara terbaik menangani sebarang cabaran. Berikut ialah 20 tip bagi membantu anda menikmati kehidupan anda:

  1. Belajar segala-gala yang anda mampu tentang penyakit ginjal dan terutamanya, penyakit anda sendiri. Bekerja dengan pasukan klinikal anda bagi menentukan cara maklumat ini boleh diaplikasikan kepada anda.

  2. Yakinlah anda mampu melakukannya! Anggaplah CKD ini sebagai satu cabaran untuk anda hadapi dengan penuh semangat. Terdapat orang dan sumber bagi membantu anda menjadi rakan dalam penjagaan anda dan membantu anda menjalani kehidupan yang panjang dan baik dengan CKD.

  3. Belajarlah tentang ubat-ubatan anda, dosnya yang betul, dan nama serta tujuan setiap satunya. Sesetengah ubatan, seperti kelas-kelas pil tekanan darah yang tertentu, boleh melambatkan perkembangan penyakit ginjal. Tanyalah doktor anda tentang ubat yang sesuai bagi anda.

  4. Pantau nilai-nilai ujian makmal anda dari semasa ke semasa dan belajarlah maknanya. Pasukan penjagaan kesihatan anda banyak pengetahuan tentang penyakit ginjal tetapi andalah pakar tentang diri anda.

  5. Kawal keadaan dan ambil tindakan. Sekiranya ada perkara yang anda tidak faham atau ada perkara yang seperti tidak kena, bersuaralah! Berbincanglah dengan doktor anda. Tanyalah soalan. Ketahuilah apa yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan kesihatan anda.

  6. Ketahuilah simptom-simptom CKD dan laporkan simptom-simptom tersebut kepada doktor anda. Sesetengah masalah, seperti kelesuan, boleh dirawat supaya anda berasa lebih sihat.

  7. Bekerjasamalah dengan doktor anda bagi menentukan garis panduan yang bagus bagi diet mesra-ginjal. Patuhilah ia sebaik mungkin dan lihat cara diet anda mempengaruhi nilai-nilai ujian makmal.

  8. Bersenam secara teratur dan sewajarnya. Berbincanglah dengan doktor anda tentang tahap senaman yang sesuai bagi anda.

  9. Teruskan bekerja sekiranya boleh. Walaupun anda perlu mengambil cuti daripada bekerja bagi menyesuaikan diri dengan situasi baru, cubalah bekerja separuh masa atau sepenuh masa. Meneruskan bekerja ialah cara yang bagus bagi kekal aktif dan sibuk.

  10. Buat sedikit penyelidikan dan perancangan bagi hal-hal kewangan akibat penyakit ginjal kronik. Sumber-sumber seperti pekerja sosial dan organisasi pesakit ginjal boleh membantu.

  11. Ketahuilah tekanan darah sasaran anda dan bekerjasama dengan doktor anda bagi mencapai dan mengekalkannya. Ini boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal anda.

  12. Sekiranya anda mengidap diabetes, kawalan gula darah boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal anda. Sekiranya anda tidak pasti cara bagi meningkatkan kawalan gula darah anda, bertanyalah kepada doktor anda.

  13. Anda perlu peka dengan komplikasi yang mungkin berlaku dalam penyakit ginjal, termasuklah anemia, asidosis metabolik, penyakit tulang, penyakit kardiovaskular, bendalir yang berlebihan dan kalium serta fosforus yang tinggi. Setiap satu daripada ini boleh dikesan dengan ujian yang betul – juga, banyak yang anda boleh lakukan bagi mengelak komplikasi sekiranya anda belajar perkara yang perlu anda perhatikan.

  14. Sekiranya penyakit ginjal anda parah, buatlah keputusan sama ada anda mahu dimasukkan ke dalam senarai menunggu pemindahan, atau meninjau kemungkinan pemindahan ginjal daripada penderma hidup yang sanggup dan sesuai.

  15. Sekiranya anda menjalani dialisis, lakukan semua rawatan yang diarahkan oleh doktor anda. Bekerjasamalah dengan pasukan penjagaan anda supaya anda sentiasa berasa sihat. Pantau Kt/V dan URR (nisbah pengurangan urea) anda, yang merupakan ukuran bagi sama ada darah anda dibersihkan dengan secukupnya, serta nilai-nilai makmal lain dari semasa ke semasa; ketahuilah apa yang perlu anda lakukan bagi meningkatkan keputusan ujian anda sekiranya ia tidak memuaskan.

  16. Sekiranya anda menjalani pemindahan, makanlah semua ubat-ubatan anda menurut jadual. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda jangkitan, penolakan atau penyakit lain.

  17. Tumpukan perhatian kepada emosi anda. Beri diri anda masa bagi menyesuaikan diri dan berasa anda boleh mengawal keadaan semula. Mungkin anda berdepan dengan perasaan yang tidak pasti tentang masa hadapan atau dengan perubahan dalam gaya hidup dan hubungan anda. Memang perkara lazim bagi anda melalui satu tempoh perasaan yang tidak menentu.

  18. Mintalah bantuan apabila anda memerlukannya. Berbincanglah dengan keluarga dan rakan-rakan anda, dengan pesakit ginjal lain, dengan penasihat agamaatau dengan pasukan penjagaan kesihatan anda.

  19. Hargailah kehidupan anda; lakukan perkara yang paling bermakna kepada anda dan paling membahagiakan anda.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top