Peringkat-peringkat Penyakit Ginjal

Dengan penyakit ginjal kronik (CKD) ginjal biasanya tidak akan gagal sepenuhnya serta-merta. Sebaliknya, penyakit ginjal akan berkembang secara perlahan-lahan sepanjang tempoh beberapa tahun. Ini berita baik kerana jika CKD dikesan awal, ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup mungkin membantu melambatkan proses perkembangan dan memastikan anda berasa sihat sepanjang yang mungkin.

Penyakit ginjal terbahagi kepada lima peringkat, setiap satunya memerlukan ujian dan rawatan yang berlainan.

Apakah 5 peringkat penyakit ginjal?

GRF, iaitu glomerular filtration rate (kadar penurasan glomerular), menganggarkan fungsi ginjal. Sekiranya GFR anda ialah 26, itu bermakna ginjal anda berfungsi pada kadar sekitar 26 peratus daripada kadar normal.

:: Ringan ::

Peringkat 1 (Berisiko), GFR > 90
Peringkat 2, GFR 89-60
  • Kerosakan ginjal dengan kehilangan fungsi ginjal yang sederhana
  • Sedikit atau tiada simptom
  • Uruskan melalui diet yang sihat dan pengawal aturan tekanan darah

:: Sederhana ::

Peringkat 3A, GFR 59-45
Peringkat 3B, GFR 44-30
  • Mungkin terdapat kelesuan, perubahan dalam membuang air kecil, masalah tidur dan kesakitan ginjal
  • Berbincanglah dengan doktor anda tentang diet mesra-ginjal, menguruskan tekanan darah tinggi dan ubat-ubatan preskripsi yang mungkin membantu

:: Teruk ::

Peringkat 4, GFR 29-15
  • Mungkin akan mengalami tekanan darah tinggi, anemia, penyakit tulang atau penyakit kardiovaskular
  • Simptom-simptom termasuklah kelesuan, rasa loya, perubahan deria rasa, masalah saraf, kesukaran untuk tidur serta kehilangan selera dan tenaga
  • Berjumpalah doktor ginjal bagi menguruskan penyakit anda dan bertanyalah tentang pemindahan ginjal
  • Pakar diet mungkin membantu menguruskan diet anda

:: Penyakit Renal Peringkat Akhir, End Stage Renal Disease (ESRD) ::

Peringkat 5, GFR < 15
  • Simptom-simptom termasuklah kehilangan selera, rasa loya, kegatalan, bengkak dan penghasilan sedikit atau tiada air kencing
  • Pilihan rawatan termasuklah dialisis atau pemindahan ginjal

Sumber:

http://www2.kidney.org/professionals/kdoqi/guidelines_ckd/p4_class_g1.htm https://www.kidney.org/atoz/content/gfr

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top