Simptom dan Diagnosis

Apakah Simptom-simptom Penyakit Ginjal Kronik?

Mengetahui simptom-simptom penyakit ginjal boleh membantu anda mengesannya cukup awal bagi mendapatkan rawatan. Simptom boleh terdiri daripada yang berikut:

  • Perubahan dalam membuang air kecil — Menghasilkan lebih banyak atau kurang air kencing berbanding biasa, merasa tekanan semasa membuang air kecil, perubahan dalam warna air kencing, air kencing yang berbusa atau berbuih atau bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
  • Bengkak pada kaki, pergelangan kaki, tangan atau muka – Bendalir yang tidak mampu disingkirkan ginjal mungkin kekal di dalam tisu.
  • Kelesuan atau kelemahan – Pengumpulan bahan kumuhan atau kekurangan sel darah merah (anemia) boleh menyebabkan masalah-masalah ini apabila ginjal mula gagal.
  • Sesak nafas – Kegagalan ginjal kadangkala dikelirukan dengan asma atau kegagalan jantung, kerana bendalir boleh berkumpul di dalam paru-paru.
  • Nafas berbau amonia ataupun rasa amonia atau logam di dalam mulut – Pengumpulan bahan kumuhan di dalam tubuh boleh menyebabkan nafas berbau, perubahan dalam rasa atau hilang selera terhadap makanan yang kaya protein seperti daging.
  • Rasa sakit pada belakang atau sisi – Ginjal terletak di kedua-dua belah tulang belakang, di belakang.
  • Kegatalan – Pengumpulan bahan kumuhan di dalam tubuh boleh menyebabkan rasa gatal yang teruk, khasnya pada kaki.
  • Hilang selera makan.
  • Rasa loya dan muntah
  • Lebih banyak episod hipoglemia, yang berkenaan bagi mereka yang mengidap diabetes.

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom ini, berbincanglah dengan doktor anda tentang kebimbangan anda. Ini amat penting khasnya jika anda mempunyai ahli keluarga rapat yang mengidap penyakit ginjal, atau sekiranya anda mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, yang merupakan sebab utama kegagalan ginjal.

Bagaimana Saya Boleh Mengetahui Sekiranya Saya Mengidap Penyakit Ginjal?

Penyakit ginjal boleh dikesan atau disahkan melalui ujian makmal. Aras kreatinin dan urea yang tinggi dalam darah atau aras protein yang tinggi dalam air kencing anda mencadangkan penyakit ginjal. Pengidap diabetes perlu menjalani ujian air kencing tahunan bagi mikro albumin, jumlah protein yang sedikit yang tidak dikesan oleh ujian protein air kencing biasa.

Jika Saya Ada Tanda-tanda Penyakit Ginjal, Apakah Yang Perlu Saya Lakukan?

Selepas anda menjalani ujian saringan asas, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit ginjal, anda perlu meminta rujukan kepada seorang ahli nefrologi, pakar dalam merawat penyakit ginjal. Ahli nefrologi akan menjalankan penilaian, kemudian mencadangkan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup bagi membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal anda.

Carilah sebuah pusat dialisis berhampiran anda. »

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top