Tentang Ginjal Anda

Ginjal anda – 2 organ berbentuk kekacang yang terletak di sebelah bawah belakang anda – ialah sistem penuras tubuh anda, membersihkan bahan kumuhan dan bendalir lebihan daripada tubuh anda dan menghasilkan air kencing serta mengimbangkan bahan kimia yang perlu bagi fungsi tubuh anda. Ginjal yang sihat juga:

  • Membersihkan dan menuras darah anda
  • Menghasilkan air kencing
  • Menghasilkan hormon
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengekalkan kekuatan tulang

Dengan mengikuti diet yang mesra-ginjal serta pemantauan dan pengurusankesihatan seperti diabetes dan hipertensi serta tidak merokok boleh membantu ginjal anda untuk berfungsi dengan lebih baik dan lebih lama.

Apakah Penyakit Ginjal Kronik?

Penyakit ginjal kronik (CKD) berlaku apabila ginjal tidak lagi mampu membersihkan toksin dan produk kumuhan daripada darah dan melaksanakan fungsinya dengan keupayaan yang penuh. Ini boleh berlaku secara tiba-tiba saja ataupun sepanjang suatu tempoh masa.

perkara utama yang anda perlu tahu mengenai penyakit ginjal ialah penyakit ini mempunyai beberapa peringkat. Mengetahui peringkat CKD anda penting bagi menentukan rawatan anda. CKD mempunyai 5 peringkat, daripada fungsi ginjal yang hampir normal (peringkat 1) sehingga kegagalan ginjal atau penyakit renal peringkat akhir (ESRD), yang memerlukan dialisis atau pemindahan (peringkat 5). Pada peringkat 5, ginjal berfungsi pada tahap 10-15 peratus daripada keupayaan normalnya. Memahami peringkat yang anda hidapi akan membantu anda belajar cara menguruskan penyakit ginjal anda dengan sewajarnya. Belajarlah lebih lanjut berkenaan peringkat-peringkat CKD.

Dalam kebanyakan kes, ESRD (peringkat 5) berlaku selepas beberapa tahun mengidap penyakit ginjal. Kurang lazim ialah kegagalan ginjal akut, iaitu kompromi yang berlaku secara tiba-tiba terhadap fungsi ginjal. Tidak kiralah kes yang mana pun, apabila anda didiagnos dengan ESRD, anda mesti menerima dialisis atau pemindahan untuk terus hidup. DaVita menawarkan beberapa pilihan rawatan yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Terdapat beberapa pilihan bagi merawat ESRD (tahap 5). Rawatan yang paling lazim ialah dialisis. Sekiranya anda dan ahli nefrologi anda bersetuju memilih pemindahan ginjal sebagai pilihan rawatan, anda mungkin perlukan dialisis sementara menanti penderma ginjal yang sesuai.

Memahami Ginjal Anda

Memahami cara ginjal anda berfungsi ialah langkah pertama dalam mengawal kesihatan anda. Mengikuti diet yang sesuai bagi ginjal anda, tidak merokok dan menguruskan diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi) serta keadaan kesihatan lain mungkin boleh membantu ginjal anda berfungsi dengan lebih baik dan lebih lama, walaupun anda mengidap penyakit ginjal. Ginjal anda memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal atur kesihatan anda secara keseluruhannya. Ia merangkumi sistem penuras tubuh anda, membersihkan bahan kumuhan dan menyingkirkan bendalir yang berlebihan daripada tubuh anda serta menghasilkan satu siri bahan kimia yang perlu bagi tubuh anda untuk berfungsi.

Mungkinkah Anda atau Orang Yang Anda Sayangi Berisiko mengalami CKD?

Faktor risiko termasuklah seperti yang berikut:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
  • Sejarah keluarga bagi penyakit ginjal
  • Berusia 55 tahun atau lebih

Jika anda mungkin berisiko mengidap penyakit ginjal, pertimbangkanlah bagi melakukan saringan ginjal dengan doktor anda sebagai sebahagian daripada pemeriksaan perubatan anda yang seterusnya. Carilah sebuah pusat dialisis.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top