Penyelidikan Klinikal DaVita

Penyelidikan klinikal yang membantu memajukan amalan dan membentuk masa hadapan perubatan. Penyelidikan Perubatan DaVita (DaVita Clinical Research®, DCR®) ialah sebuah organisasi penyelidikan kontrak (CRO) kepakaran yang menyediakan perkhidmatan merentasi spektrum pembangunan peralatan farmaseutikal dan perubatan. DCR telah menjalankan percubaan klinikal Fasa I di A.S. sejak 1985, mengembangkan keupayaannya dalam tempoh melebihi 30 tahun yang lepas bagi merangkumi:

Misi DCR ialah membantu membentuk masa hadapan perubatan, memajukan amalan perubatan dan meneruskan penemuan yang meningkatkan kehidupan, dan misi kami tercapai melalui projek penyelidikan dan aplikasi serta penerbitan hasil penyelidikan.

Penambahbaikan yang berterusan sedang dilaksanakan dalam bidang penjagaan ginjal, antaranya, hasil usaha ahli nefrologi dan rakan penyelidikan mereka. Setiap tahun, ratusan doktor bekerjasama dengan DCR bagi melaksanakan kajian penyelidikan dan supaya penemuan mereka diterbitkan. DCR telah menerbitkan lebih daripada 600 abstrak saintifik dan 312 manuskrip saintifik sejak 2006 bagi membantu memajukan amalan perubatan.

Buat masa ini, DCR mempunyai operasi penyelidikan di A.S. dan Eropah bagi memajukan ilmu berkenaan pengurusan penyakit ginjal kronik. Ketahuilah lebih lanjut tentang keupayaan kami atau lakukan pencarian di perpustakaan saintifik kami bagi meninjau jenis penyelidikan yang telah kami jalankan.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top