Kepimpinan Klinikal

Piramid Kualiti Berfokuskan Pesakit DaVita, yang merangkumi inisiatif klinikal yang kompleks seperti pengurusan bendalir dan jangkitan – dan inovasi lain yang menyokong kecemerlangan klinikal, telah dicipta dan didorong oleh pemimpin doktor DaVita, dengan pengarah perubatan kumpulan dan rakan doktor, yang telah mendedikasikan diri mereka bagi meningkatkan taraf penjagaan bagi pesakit yang mengidap penyakit ginjal. Mereka sedang membentuk masa hadapan penjagaan ginjal melalui:

  • Pembentukan visi transformatif bagi penjagaan kesihatan yang dipertingkatkan
  • Bekerjasama dengan komuniti doktor yang tersebar luas
  • Memikul tanggungjawab bagi meningkatkan hasil
  • Menangani topik klinikal yang mencabar
  • Melabur dalam perkembangan doktor pada semua peringkat
  • Berusaha bagi tahap kepuasan doktor yang tinggi

Pejabat Ketua Pegawai Perubatan (OCMO)

DaVita menubuhkan OCMO bagi memastikan adanya sekumpulan ahli nefrologi yang berpengalaman yang khusus bagi bekerjasama dengan kepimpinan perniagaan di DaVita bagi membekalkan nilai kepada pesakit, menyampaikan hasil berkualiti tinggi dan menjadi pengawas sumber yang bertanggungjawab. OCMO fokus terhadap keperluan pengarah perubatan dan ahli nefrologi DaVita dengan mengukuhkan perkongsian klinikal-operasi dan mengembangkan alat dan sumber baru bagi membantu menangani cabaran seharian dalam penjagaan ginjal.

Mahesh Krishnan, MD, MPH, MBA, FASN | Chief Medical Officer, International; Group Vice President of Research and Development
Sebelum menyertai DaVita Kidney Care, Mahesh Krishnan, M.D., berkhidmat sebagai pengarah perubatan dan pemimpin pembangunan global bagi Epogen, di mana beliau telah memainkan peranan utama dalam perbincangan dengan pihak FDA dan Pusat bagi Khidmat Medicare dan Medicaid. Beliau juga membantu sebagai pengarah eksekutif bagi polisi perubatan bagi Amgen, dan mempunyai klinik persendirian di Virginia selama hampir lima tahun. Beliau kini berkhidmat dalam sidang pengarang Nephrology News and Issues dan karyanya telah banyak diterbitkan dalam terbitan penjagaan renal dan penyelidikan di seluruh dunia. Dr. Krishnan mendapat ijazah perubatan beliau daripada Universiti Thomas Jefferson dan memiliki ijazh sarjana dalam Kesihatan Awam daripada Universiti Johns Hopkins dan MBA dalam Pengurusan Perkhidmatan Perubatan daripada Johns Hopkins Carey School of Business.

Allen R. Nissenson, MD, FACP, FASN, FNKF | Ketua Pegawai Perubatan, Amerika Syarikat | @DrNissenson
Seorang penulis prolifik dan pakar tersohor bagi penyakit ginjal, Allen R. Nissenson, M.D., ialah seorang profesor emeritus perubatan di David Geffen School of Medicine di UCLA, di mana beliau telah berkhidmat sebagai pengarah program dialisis dan dekan bersekutu. Dr. Nissenson juga pengerusi bersama bagi Kidney Care Partners Quality Initiative. Beliau seorang bekas presiden bagi Renal Physicians Association (RPA) dan berkhidmat di dalam Lembaga Pengarah RPA sebagai penasihat khas kepada presiden. Dr. Nissenson seorang bekas presiden bagi Southern California End-Stage Renal Disease Network. Beliau pengarang lebih daripada 650 kertas saintifik dan penyunting dua buah buku teks dialisis, kedua-duanya kini edisi ke-4.

Stefan H Jacobson, MD, PhD | Ketua Pegawai Eksekutif dan Profesor Nefrologi, Danderyd University Hospital
Profesor Jacobson, selain menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan profesor nefrologi di Danderyd University Hospital, juga penyunting bersekutu bagi Scandinavian Journal of Urology. Sebelum berkhidmat di Danderyd University Hospital, Profesor Jacobson mula-mula berkhidmat sebagai Ketua jabatan perubatan dan kemudian pengarah jabatan nefrologi di Hospital Karolinksa dan Institut Korolinksa. Beliau telah menulis atau menyumbang kepada lebih 150 terbitan di dalam jurnal di seluruh dunia, dan memfokuskan penyelidikannya terhadap infalamasi dan penyakit kardiovaskular, fungsi leukosit, transmigrasi leukosit, nefropati IgA dan sindrom kardio renal. Profesor Jacobson juga berkhidmat dalam beberapa jawatankuasa pemandu dan kajian antarabangsa, dengan fokus kajian terkawal terawak tentang kesan hemodialisis (kajian hasil ketelapan membran, kajian MPO), corak amalan dalam hemodialisis (dialysis outcome practice pattern study, DOPPS), dan kesan cinacalcet (ECHO).

Maciej Drożdż, MD, PhD | Ketua Pegawai Perubatan, Eropah dan Timur Tengah; Pengarah Perubatan, Poland
Sebagai Ketua Pengarah Perubatan bagi operasi DaVita di Eropah dan Timur Tengah, Dr. Drożdż bekerja selama lebih daripada 20 tahun di Hospital Universiti di Kraków dan berkhidmat sebagai ketua unit dialisis di jabatan nefrologi. Beliau telah menulis atau menyumbang kepada hampir 40 terbitan jurnal, termasuk enam bab dalam buku teks nefrologi Poland. Kajian beliau tertumpu kepada cabaran kardiovaskular bagi pesakit dialisis dan antikoagulasi intradialitik. Sebagai prinsipal dan penyelidik bersama, beliau mengambil bahagian dalam percubaan klinikal fasa II, III and IV.

André Weigert, MD, PhD | Ketua Pegawai Perubatan, Portugal
Dilahirkan di Rio de Janeiro, Brazil, Dr. André Weigert belajar di University of Lisbon, Portugal, sebelum menjalani latihan pasca ijazah di Hospital S. Maria dan Hospital Santa Cruz di Lisbon, Portugal, dan Baylor College of Medicine di Houston, Texas. Kelayakan profesional beliau termasuklah ketua doktor perubatan di VAMC of Houston/BCM, felo nefrologi di Universiti Colorado, Denver dan ijazah pakar dalam perubatan dalaman dan nefrologi (1996) dan farmakologi klinikal (2008). Selain daripada itu, Dr. Weigert menerima pensijilan daripada American Board of Internal Medicine (1992) dan American Board of Nephrology and Hypertension (1996), dan telah dilantik sebagai felo bagi American College of Physicians (1999). Penyelidikannya dalam lebih daripada 40 kajian yang diterbitkan (dalam bahasa Inggeris, Portugis dan Perancis) merangkumi beberapa kajian klinikal yang melibatkan percubaan EVOLVE. Dr. Weigert kini berkhidmat di unit pemindahan renal di Hospital Santa Cruz, ialah seorang penolong profesor farmakologi di Universiti Lisbon dan Ketua Pegawai Perubatan DaVita di Portugal. Beliau mengarah unit dialisis, Eurodial di Obidos-Gaeiras, dengan 170 seorang pesakit – yang kesemuanya melakukan online hemodiafiltration (HDF). Beliau juga terlibat dalam kajian pulse wave velocity dalam pesakit yang menjalani HDF, serta pendekatan baru terhadap pengurusan anemia. Beliau mengambil bahagian dalam beberapa ISN CME di negara-negara Afrika (termasuklah Angola, Mozambique, Zambia, Republik Democratik Congo).

Abdulkareem Alsuwaida, MD, FRCPC, MSc | Ketua Pegawai Perubatan, Arab Saudi
Dr. Abdulkareem Alsuwaida menerima ijazah perubatannya daripada Universiti King Abdulaziz dan melengkapkan pendidikan perubatan pasca ijazahnya serta ijazah sarjananya dalam epidemiologi klinikal dalam perubatan dalaman dan nefrologi di Universiti Toronto di Kanada. Dr. Alsuwaida ialah ketua pengarah perubatan bagi DaVita di Arab Saudi, serta profesor perubatan di King Saud University School of Medicine dan pakar perunding di jabatan nefrologi di King Khalid University Hospital. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai pengerusi jabatan perubatan dan pengarah pendidikan pasca ijazah di Universiti King Saud, dan presiden di Persatuan Nefrologi Saudi. Penyelidikan beliau tertumpu kepada dialisis, glomerulonefritis dan lupus nefritis, dan beliau telah menerbitkan lebih daripada 40 kertas kajian tentang topik-topik ini. Dr. Alsuwaida merupakan felo di The Royal College of Physicians and Surgeons of Canada serta ahli Persatuan Nefrologi Saudi, American Society of Nephrology College of Physicians dan Persatuan Nefrologi Eropah.

Grace Yan, MD, PhD | Pengarah Perubatan, China
Sebelum menyertai DaVita Kidney Care, Dr. Grace Yan bekerja di Hospital Shanghai Renji yang berprestij, sebuah hospital kelas 3A di China di mana beliau menghabiskan tempoh 22 tahun dalam nefrologi, termasuklah setahun pasca-kedoktoran di Jabatan Penyakit Renal dan Hipertensi di Pusat Sains Kesihatan Universiti Colorado, Denver, Colorado. Dr. Grace menerima ijazah MD dan PhD beliau daripada Fakulti Perubatan Universiti Shanghai Jiao Tong, di mana beliau kini menjadi penasihat bagi calon MSc dan PhD. Beliau juga ahli jawatankuasa Persatuan Perubatan Dalaman China dan pernah menjadi ahli Jawatankuasa Muda dalam Persatuan Nefrologi China. Beliau telah memenangi beberapa anugerah akademik dan sumbangannya terhadap penerbitan adalah meluas.

Suresh Sankar, MD, MBBS, MBA, FRCP, FASN I Pengarah Perubatan, India
Dr. Suresh Sankar mempunyai 16 tahun pengalaman sebagai Ahli Nefrologi Klinikal dan pernah menjadi pengarah perubatan kumpulan selama 3 tahun. Beliau mempunyai pensijilan daripada American Board of Nephrology dan American Board of Internal Medicine. Lulusan Kolej Perubatan Madras, Dr. Sankar melengkapkan latihan nefrologi beliau di Universiti Rochester, New York dan merupakan Felo Persatuan Nefrologi Amerika dan Felo Royal College of Edinburgh. Beliau mempunyai minat mendalam terhadap penyelidikan klinikal, epidemiologi dan sistem kesihatan dan pernah menerbitkan lebih daripada 50 kertas kajian asal serta abstrak berkenaan topik-topik tersebut. Beliau menerima Anugerah Penyelidik Muda Persatuan Nefrologi India dan Anugerah Kecemerlangan Janssen-Cilag pada 2006.

Sylvia P. B. Ramirez, MD, MPH, MBA I Ketua Pegawai Perubatan, Asia Pasifik
Dr. Sylvia P. B. Ramirez ialah seorang ahli epidemiologi populasi dengan pengalaman penyelidikan, dasar awam dan nefrologi melebihi 20 tahun. Sebelum menjadi ketua pegawai perubatan bagi DaVita di Asia Pasifik, beliau merupakan naib presiden penyelidikan dan pembangunan global bagi Arbor Research Collaborative for Health dan beliau masih menjadi pakar runding di sana. Beliau penyelidik utama dan bersama bagi pelbagai projek bagi United States Centers for Medicare and Medicaid Services, termasuklah Evaluation of ESRD Disease Management Demonstration, Quality Incentive Payment Demonstration dan ESRD Measures Support Work. Beliau juga penyelidik bersama bagi kajian Dialysis Outcomes and Practice Patterns. Dr. Ramirez telah menerbitkan pelbagai kertas kajian berkenaan penjagaan ESRD, dan mengetuai pelbagai panel pakar teknikal tentang perkembangan ukuran prestasi kualiti di pusat-pusat dialisis A.S.

Werner Kleophas, MD, PhD I Ketua Pegawai Perubatan, Jerman

Kerjaya Profesor Dr. Werner Kleophas bermula pada pertengahan 1980-an di jabatan perubatan Ferdinand Sauerbruch Klinikum Wuppertal (Wuppertal, Jerman). Dari sana, beliau berkhidmat pula di Deutsches Diabetes Forschungsinstitut Düsseldorf dan Nephrological Clinic Heinrich Heine Universität Düsseldorf sebelum mula berkhidmat sebagai ahli nefrologi dan diabetologi pada 1990 di Gemeinschaftspraxis (Düsseldorf, Jerman), di mana beliau masih berkhidmat hari ini dan di mana beliau mengambil bahagian dalam perkembangan mesin dialisis Genius. Selain daripada itu, Profesor Kleophas merupakan felo Persatuan Nefrologi Amerika dan memegang jawatan dalam beberapa sidang pengarang yang khusus bagi nefrologi dan diabetologi. Profesor Kleophas juga antara orang pertama di Jerman bagi melaksanakan program bergabung bagi pesakit yang mengidap diabetes mellitus dan penyakit ginjal kronik. Julat pengalaman beliau serta pemahamannya yang amat mendalam berkenaan percubaan klinikal (merangkumi beberapa penulisan yang diterbitkan), banyak membantu beliau dalam jawatannya sebagai ketua pegawai perubatan di DaVita di Jerman.

André Weigert, MD, PhD I Ketua Pegawai Perubatan, Portugal
Dilahirkan di Rio de Janeiro, Brazil, Dr. André Weigert belajar di University of Lisbon, Portugal, sebelum menjalani latihan pasca ijazah di Hospital S. Maria dan Hospital Santa Cruz di Lisbon, Portugal, dan Baylor College of Medicine di Houston, Texas. Kelayakan profesional beliau termasuklah ketua doktor perubatan di VAMC of Houston/BCM, felo nefrologi di Universiti Colorado, Denver dan ijazah pakar dalam perubatan dalaman dan nefrologi (1996) dan farmakologi klinikal (2008). Selain daripada itu, Dr. Weigert menerima pensijilan daripada American Board of Internal Medicine (1992) dan American Board of Nephrology and Hypertension (1996), dan telah dilantik sebagai felo bagi American College of Physicians (1999). Penyelidikannya dalam lebih daripada 40 kajian yang diterbitkan (dalam bahasa Inggeris, Portugis dan Perancis) merangkumi beberapa kajian klinikal yang melibatkan percubaan EVOLVE. Dr. Weigert kini berkhidmat di unit pemindahan renal di Hospital Santa Cruz, ialah seorang penolong profesor farmakologi di Universiti Lisbon dan Ketua Pegawai Perubatan DaVita di Portugal. Beliau mengarah unit dialisis, Eurodial di Obidos-Gaeiras, dengan 170 seorang pesakit – yang kesemuanya melakukan online hemodiafiltration (HDF). Beliau juga terlibat dalam kajian pulse wave velocity dalam pesakit yang menjalani HDF, serta pendekatan baru terhadap pengurusan anemia. Beliau mengambil bahagian dalam beberapa ISN CME di negara-negara Afrika (termasuklah Angola, Mozambique, Zambia, Republik Democratik Congo).

Mauricio Ruiz Martinez, MD I Ketua Pegawai Perubatan, Colombia
Dr. Mauricio Ruiz Martinez telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perubatan bagi DaVita di Colombia sejak 2013. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Penolong Profesor Kerusi Nefrologi dan Semiologi di fakulti perubatan di Universidad del Rosario dan di La Fundación Universitaria de Ciencias de la Salud, kedua-duanya di Bogotá, dan berkhidmat sebagai pengarah perkhidmatan dialisis di Hospital San José selama lebih daripada 10 tahun. Selain daripada itu, Dr. Ruiz juga koordinator bagi program dialisis peritoneum di Fresenius Colombia dari 2004 hingga 2009 dan penasihat renal Genzyme dari 2008 hingga 2010. Beliau juga menyumbangkan beberapa bab dalam sejumlah buku berkenaan perubatan dalaman dan nefrologi dan penyunting bersama bagi edisi terbaru teks nefrologi dalam Himpunan CIB (Corporación de Investigaciones Biológicas) di Colombia.

Anugerah & Pengiktirafan

Kami berasa amat terharu serta terdorong dengan sokongan dan pengiktirafan yang kami terima bagi penjagaan pesakit, inovasi klinikal dan perniagaan serta warga korporat.

Paparan Anugerah

Hasil Klinikal

Penjagaan pesakit di DaVita bermula dengan hasil klinikal yang konsisten dan positif.

Temui Pasukan Kami

Perkhidmatan DaVita

Perkhidmatan DaVita Ambil langkah pertama bagi memahami penyakit ginjal dan cari pilihan rawatan yang sesuai untuk anda.

Carian Rawatan
Back to Top